IQNA

Rasa Tidak Puas Hati Masyarakat Muslim Perancis Terhadap Prestasi Tahunan Francois Hollande

22:33 - May 07, 2013
Berita ID: 2530034
Kumpulan Antarabangsa: Francois Hollande, Perancis, semalam telah mengkaji prestasi tahunannya sendiri pada tahun 2012 dimana masyarakat Islam Perancis menderita kerana tindakan-tindakan anti islam yang berleluasa dan menyaksikan dia dan kerajaannya berdiam diri dalam berhadapan dengan masalah Islamophobia yang semakin banyak
Menurut laporan Agensi Berita َAntarabangsa Al Quran (IQNA), dipetik dari website ((saphirnews)), prestasi tahunan Francois Hollande presiden Perancis dan tindakannya dalam bermusuhan dengan masyarakat Islam dan mewujudkan lebih banyak sekatan terhadap mereka telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati masyarakat Islam Perancis.
Hollande telah Berjaya menduduki kerusi presiden setelah mendapat 51 peratus undian pada 6 Mei 2012, dan dia telah menunjukkan permusuhannya dengan masyarakat Islam dengan tindakan-tindakan yang dilakukannya, dan dia didalam programnya masyarakat Islam tidak mempunyai masa depan yang cerah.
Dia bukan sahaja tidak mampu menyelesaikanmasalah ekonomi yang dialami negaranya bahkan dia telah menyebabkan kemarahan masyarakat Islam Perancis dengan meletakkan undang-undang melarang pemakaian hijab.
Dia dalam tahun pertama pemerintahannya telah mewujudkan jawatankuasa pemantauan sekularism dan telah mengharamkan pemakaian hijab di tadika-tadika dan tempat-tempat bersukan dan juga didalam syarikat-syarikat persendirian, tindakan ini merupakan bukti terang-terangan dasar-dasar anti Islam kerajaan Perancis sekarang.
Jawatankuasa anti Islamophobia di Perancis telah melaporkan bahawa didalam 3 bulan pertama 2013, kejadian-kejadian anti Islam semakin meningkat dan telah meminta supaya kerajaan Perancis mengambil tindakan yang sepatutnya tetapi Hollande dan kerajaannya hanya berdiam diri dan membiarkan kejadian-kejadia seperti membakar masjid dan tempat-tempat penting bagi masyarakat Islam.
Nota: 10 peratus rakyat Perancis adalah orang Islam, dan Perancis merupakan Negara Eropah yang paling banyak mempunyai rakyat beragama Islam. Menteri Dalam Negeri Perancis berkata dengan kewujudan 6 juta muslim di Perancis, dalam beberapa tahun akan datang agama Islam akan menjadi agama rasmi kedua Negara ini.

1224237
captcha